setiap masa setiap saat setiap hari berlalu, sekejap sahaja satu bulan akan berakhir, apa yang berlaku telah menjadi sejarah, yang gembira menjadi kenangan, yang sedih kita melupai, yang pedih kita jangan kasih luka lagi, yang terlepas tidak dapat ditangkap.
tak kira apa yang berlaku, yang penting kita masih berani menghadapi masa yang akan datang, hargai saat kini, yang baik kita buat, jangan sekali-kali berjahat, apa yang buat akan dinilai pada yang masa akan datang, baik dengan setiap insan akan dialu-alukan, kalau niat jahat orang jauhi.
masa berlalu, secara fizikal, kita membesar, yang menanti kita adalah neraka atau syurga....tak kira apa yang berlaku, kita mesti menghargai apa yang berada di sisi kita, tak kira ia berbaloi, asalkan tidak melukai hati kita sendiri dan orang yang tersayang dan tercinta...
yang perlu kita lepaskan, ia tiba masa kita perlukan membuat keputusan, yang kita gengam terlalu kuat, tiba-tiba kita tersedar, adakah kita terlalu pentingkan diri sendiri di pandangan orang lain... seperti yang dikatakan pada peribahasa tionghua, berundur barulah kita sedar situasi akan berlainan. apabila kita tengah berani ke hadapan janganlah kita lupakan bahawa kadang-kadang berundur ataupun berpandang ke belakang ia akan mendatang keputusan yang berlainan. sekiranya terlalu ke belakang ia akan mendatang kesan negatif yang melampau seperti bebola, kalau kita hentam kuat ia akan melontar balik dengan kuat juga.
tak kira apa yang berlaku, berdoalah setiap hari kita lalui dengan ceria dan selamat setiap saat.
dengan atas nama tuhan, pinjamlah kuasa yang mahamulia, kita akan menghadapi dengan berani dengan cerdik.